fbpx

Bunuh, bakar kekasih hamil: Tertuduh rujuk pakar psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
 Muhammad Fakrul yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya tahun lalu dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Kebenaran itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Mohd. Hirman Ab. Raub selepas mendengar permohonan dibuat pihak pembelaan tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21.

Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar namun ditolak, September tahun lalu.

“Majistret ketika itu berpandangan bahawa ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya untuk didengar dan diputuskan.

“Permohonan merujuk anak guam saya kepada pakar psikiatri bagi pemantauan lanjut itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Dalam prosiding sebutan kes itu, Timbalan Pendakwa Raya Rosnee Mohd. Radzuan turut tidak membuat sebarang bantahan mengenainya.

Mohd. Hirman kemudian menetapkan 23 Julai depan sebagai sebutan semula kes bagi penyerahan laporan psikiatri dan dokumen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI