TAMPAK bahagia sebaik bergelar tunangan orang, ketenangan penyanyi Ayu Ting Ting terganggu dengan dakwaan netizen mengenai bakal suaminya.
Menerusi laman sosial, Muhammad Fardhana atau disapa Dana didakwa tidak sesuai dijadikan teman hidup kerana pernah mempunyai sejarah kelam.
Kononnya, informasi kurang elok berkaitan pegawai atasan tentera terbabit dimaklumkan bekas kekasih Dana sendiri.
Biarpun status lelaki itu sebagai duda tidak pernah disembunyikan, individu terbabit berharap Ayu Ting Ting mengenali calon suami dengan lebih rapat sebelum berkahwin.
Mengambil tindakan berdiam tidak melayan gosip berkenaan bagaimanapun ramai rakan baiknya, termasuk Kiky Saputri tampil menempelak dakwaan yang disifatkan mahu memancing perhatian.
Bertunang Februari lalu selepas sebulan berkenalan, Syu dan Dana akan berkahwin tahun ini.