fbpx

Anwar sambung lawatan ke Republik Kyrgyz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan Anwar disambut Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov. FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Republik Kyrgyz selama dua hari sebaik selesai tugasan di Qatar, semalam.

Anwar berkata, Republik Kyrgyz merupakan negara pertama beliau kunjungi dalam kerangka lawatan ke Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan.

“Usai tugasan di Qatar, saya terus ke Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi bersama delegasi kerajaan Malaysia termasuk Jemaah Menteri dalam usaha mengukuhkan hubungan selain mengintai peluang kerjasama baharu antara kedua negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Kata Anwar, beberapa program rasmi dan tinjauan mesra telah diatur sepanjang lawatan sebelum beliau berlepas ke Kazakhstan.

Terdahulu, Anwar dilapor mengadakan lawatan rasmi ke Qatar selama tiga hari bermula Ahad lalu atas jemputan Yang Mulia Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani, Amir Qatar.

Menurutnya, lawatan tersebut berjaya mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara, selain dapat meningkatkan kerjasama pelbagai bidang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI