fbpx

Amrin Awaluddin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amrin Awaluddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berkuat kuasa 23 April lalu.

Difahamkan, beliau akan memegang jawatan berkenaan sehingga 14 Februari 2026.

Amrin Awaluddin, 58, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Acadia, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dengan kepujian dari University of Hull, England.

Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA), UK dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Selain itu, beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di sektor korporat dan memulakan kariernya di instItusi perbankan sebelum memegang beberapa jawatan penting di beberapa syarikat seperti Renong Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad dan Putera Capital Berhad.

Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di beberapa buah syarikat lain antaranya Kumpulan Syarikat Media Prima Berhad, Sime Darby Properties Berhad, Boustead Holdings Berhad, Kumpulan Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji dan Tradewinds Group (M) Sdn Bhd.

Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan dan warga kerja PPZ-MAIWP mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau dan yakin dengan pengetahuan dan pengalaman luas yang dimilikinya mampu membawa PPZ-MAIWP ke arah yang lebih cemerlang.

PPZ-MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Seri Datuk Seri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 9 Februari lalu, di atas sumbangan dan khidmat beliau. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI