fbpx

1,200 pokok tua di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengenal pasti 1,200 pokok tua yang berisiko untuk tumbang di kawasan pentadbirannya.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Ir.Cheremi Tarman, daripada jumlah tersebut sebanyak 500 pokok tua tersebut telah ditebang secara berkala bagi mengelakkan insiden kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

“Hari ini kita turut mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tender untuk menyenggara pokok-pokok berisiko tumbang di kawasan kita.

“Seramai 87 kontraktor telah pun dilantik dengan MBSA telah memperuntukkan sebanyak RM17 juta untuk penyelenggaraan dan memotong pokok-pokok berisiko tersebut,” katanya ketika ditemui pada program Makan Percuma MBSA di Medan Selera Seksyen 2 di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemangkasan dan pemotongan pokok yang telah tua khususnya, bagi mengelakkan peristiwa meragut nyawa seperti di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur berulang di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI