fbpx

Wujudkan sistem kawalan kuota import, tetap harga siling sayuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENG HUAT(tengah) ketika sidang media isu krisis bekalan sayur dan kestabilan agromakanan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang. Foto oleh SADDAM YUSOFF

KLANG – Kerajaan disaran mewujudkan sistem kawalan kuota import dan menetapkan harga siling sayur-sayuran di negara ini bagi mengelakkan berlaku pengimportan melebihi permintaan pasaran serta kuasa monopoli harga warga asing.

Pengerusi Persatuan Pengimport Sayur-sayuran Malaysia, Datuk Seri Teh Meng Huat berkata, lebih 60 peratus import sayuran kini dikuasai syarikat yang diusahakan warga asing atau pengusaha luar negara.

Kata beliau, keadaan kian membimbangkan berikutan harga kos tanaman kini amat rendah hingga menyebabkan kerugian berterusan dan menjejaskan petani tempatan.

“Justeru, sistem kawalan kuota import perlu diwujudkan bagi mengurangkan pembuangan sayuran dan kerugian akibat persaingan import yang masuk tanpa mengira keperluan pasaran.

“Jika kelulusan kawalan itu diberi lebih 10 tahun, ia membantu pengimport mencari bekalan tetap dari luar negara dan rakyat juga memahami harga siling jenis sayuran,” katanya pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Tambah Meng Huat, kerajaan turut perlu meneliti semula pendaftaran syarikat warga asing bagi industri agromakanan di negara ini.

Sementara itu, Persekutuan Persatuan Penjual Sayur-sayuran Malaysia, Steven Lee Kha Shiuann berkata, kerajaan turut digesa mengambil tindakan tegas kepada warga asing yang terlibat dalam perniagaan penanaman sayuran dan menyalahgunakan permit kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI