fbpx

Wakil Anwar ziarah keluarga mangsa pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Perdana Menteri menziarahi keluarga mangsa yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.

PETALING JAYA – Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad farhan Fauzi, hadir menziarahi keluarga Allahyarham Md Rizal Atan, yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Ahad lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, dalam pertemuan itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham.

“Pemergian Allahyarham meninggalkan isteri dan empat orang anaknya berusia 9 hingga 14 tahun yang masih bersekolah.

“Saudara Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan. Namun, pasti hanya Allah mengetahui gejolak dalam jiwanya,” katanya, di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan urusan keluarganya dipermudahkan dan diberi kekuatan menempuh dugaan.

Terdahulu, Md Rizal, 47, yang merupakan pemandu peribadi maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail ketika dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2 petang itu turut menyebabkan dua lagi individu cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI