fbpx

Tiga wanita Myanmar dicekup lepas seberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota ATM menahan tiga wanita yang merupakan PATI warga Myanmar di sempadan Malaysia-Thailand dekat Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS – Tiga wanita warganegara Myanmar dicekup selepas mereka masuk ke negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand, di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam.

Menurutnya, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan tiga individu berkenaan memasuki negara secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

“Anggota bertugas turut merampas tiga buah telefon bimbit, wang tunai mata wang Ringgit Malaysia dan Bath dengan anggaran nilai sebanyak RM 1033.97.

“Ketiga-tiga PATI itu kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Rantau Panjang di sini untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI