fbpx

Runtuhan baharu Gunung Inas tiada kaitan balak, projek Musang King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Gafar Yahya (dua dari kanan) meninjau kawasan runtuhan yang berlaku di kaki Gunung Inas dekat Kampung Iboi, Baling, hari ini.

BALING – Kejadian terbaharu runtuhan tanah dan batu di Gunung Inas, dekat Kampung Iboi, di sini dipercayai bukan berpunca daripada aliran puing banjir atau fenomena kepala air seperti yang berlaku pada 4 Julai 2022.

Pegawai Daerah Baling, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, ia juga tiada kaitan dengan kerja-kerja pembalakan dan kawasan tanaman durian Musang King yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan runtuhan.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai akibat hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) sejak September hingga akhir tahun lalu yang telah menyebabkan berlaku beberapa runtuhan kecil.

“Runtuhan pertama yang agak besar berlaku pada 27 September tahun lalu menyebabkan banjir kilat apabila aliran air deras melalui beberapa aliran anak sungai di situ.

“Kejadian itu sudah tentu menggusarkan penduduk yang bimbang sekiranya runtuhan itu berlaku lebih teruk, tambahan pula dengan faktor cuaca tidak menentu sekarang,” katanya selepas meninjau kaki Gunung Inas bersama Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Azizan Ali dan beberapa agensi kerajaan lain, hari ini.

Abdul Gafar berkata, JMG akan melakukan siasatan lebih terperinci termasuk risiko berlakunya runtuhan lebih besar selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI