fbpx

Rani Kulup nafi masuk DAP, anggap fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video yang tersebar dalam media sosial.

IPOH – Aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah menafikankan dirinya menyertai parti politik DAP dan menganggap perkara itu adalah fitnah besar.

Dakwaan itu muncul apabila tersebar video dalam aplikasi WhatsApp yang memaparkan beliau beramah mesra dengan beberapa pemimpin kanan DAP.

Ketika menjelaskan perkara tersebut, Abdul Rani berkata, kandungan video berkenaan adalah sewaktu beliau mengadakan jelajah ke Kuala Kubu Baharu pada Khamis lalu untuk melihat pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan.

Tambahnya sepanjang berada di sana, beliau berjumpa dengan semua wakil parti politik kerajaan dan bukan DAP semata-mata.

“Saya pergi semua tempat termasuk PKR, UMNO, DAP dan Amanah. Tuduhan itu tidak betul. Saya menafikan (masuk DAP). Jangan buat tomahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI