fbpx

Peminat bola sepak perlu tahu status siasatan kes Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal.

SHAH ALAM – Kes serangan terhadap Faisal Halim adalah isu nasional dan seluruh rakyat khususnya peminat bola sepak tempatan berhak mengetahui status siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, pihak kelab menyerahkan kebijaksanaan pihak polis untuk meneruskan siasatan dan perkembangan terkini wajar dikongsi kepada umum memandangkan ramai pengikut setia bola sepak khususnya peminat Faisal ternanti-nanti status terbaharu berkaitan kes berkenaan.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan siasatan masih lagi berjalan.

“Belum ada lagi, saya pun tidak diberitahu. Saya difahamkan siasatan masih berjalan, cuma harapan saya buatlah betul-betul siasatan ini dan kita minta yang baik-baik.

“Itu (tempoh masa siasatan yang dianggap lama) saya tidak boleh komen, kena tanya IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain) sendiri. Saya cuma harap IGP pun kalau boleh dari semasa ke semasa kemas kini sebab Faisal bukan saja aset tetapi hero negara.

“Dia pemain kebangsaan, ramai pengikut. Harapan saya kalau ada apa-apa perkembangan tidak sensitif saya harap pihak berwajib dapat kemas kini,” katanya.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebelum ini menjelaskan suspek kedua yang ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap Faisal dibebaskan setelah proses soal siasat selesai.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan Faisal dalam proses disiapkan dan dalam laporan sebelum ini, lebih 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Percakapan Faisal sudah diambil oleh pihak polis, yang saya pasti kali terakhir minggu lepas sudah dua kali diambil. Sepanjang pengetahun saya pemain-pemain tidak ada melainkan dua pegawai pasukan yang dirakam percakapan di mana laporan polis dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI