fbpx

MoU peruntukan pembangkang fokus elak perpecahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Sukan Negara Bil. 1 Tahun 2024 di Bangunan Perdana Putra, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang antara lainnya bagi memastikan kestabilan negara dan mengelakkan perpecahan khususnya berkaitan 3R (agama, raja, kaum).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perincian draf terbabit sedang dimuktamadkan dan akan diserahkan kepada majlis kerja tertinggi (MKT) semua parti politik kerajaan serta pembangkang untuk diluluskan.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, draf itu juga akan memberi fokus untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara.

“Kita masih memperincikan (draf) tetapi gambaran (MoU) sudah saya berikan apa kandungannya iaitu pertama, untuk fokus supaya semua Ahli Parlimen ini melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara.

“(Kedua) untuk pastikan kestabilan supaya kita dapat tarik seramai mungkin pelancong dan mengelakkan unsur perpecahan, 3R dan sebagainya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI