fbpx

MBPP, MBSP diarah pantau keadaan pokok di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBPP dan MBSP diarah memantau keadaan pokok-pokok di sekitar Pulau Pinang bagi mengelak perkata tidak diingini berlaku.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memantau pokok-pokok yang berada di sekitar negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan memo kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu supaya menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Kita telah arahkan MBPP dan MBSP menjalankan pemantauan dan pemeriksaan pokok-pokok yang berada di negeri ini, jumlahnya mencecah jutaan pokok memandangkan kita ada program penanaman pokok baharu di negeri ini.

“MBSP dan MBPP perlu menghantar laporan mengenai keadaan pokok-pokok kepada saya setiap minggu bagi memastikan kesemua pokok adalah selamat dan tidak merbahaya kepada orang ramai,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI