fbpx

Malaysia negara pertama lengkap sistem E-Haj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Salleh menerima cenderahati daripada wakil syarikat Mashariq Holdings dalam Majlis Ta'aruf, semalam.

MEKAH – Malaysia melakar sejarah dalam soal pengurusan haji selepas menjadi negara pertama yang melengkapkan semua kontrak di dalam sistem E-Haj.

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kejayaan tersebut sekali gus membolehkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) diberi peluang memilih tapak perkhemahan di Masyair.

Katanya, selain itu dalam hal berkaitan permohonan melalui Sistem Nusuk, Malaysia turut sekali lagi berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji tahun ini selepas pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka sistem ini lebih awal.

“Tabung Haji mahu meneruskan komitmen serta menjadi contoh kepada negara yang lain.

“Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama, komitmen dan panduan daripada pihak Mashariq,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ta’aruf di antara barisan kepimpinan Syarikat Mashariq dan pengurusan Rombongan Haji Malaysia, semalam.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda mahabbah kedua-dua belah pihak dalam menyantuni jemaah haji musim ini.

Turut hadir Pengerusi Syarikat Mashariq Holdings Adnan Hussin Mandora, Timbalan Pengerusi Syarikat Mashariq Holdings Abdul Rahman Abdullah Ashour, Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan Mohamed Heikal Mohamed Yusuff dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Perubatan Abdul Marsudi Manah.

Beliau yang juga merangkap Pengarah Eksekutif Haji berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan program latihan kepada bakal jemaah haji sebelum mereka ke Tanah Suci.

Katanya, pelbagai medium latihan termasuk kursus haji secara dalam talian telah disediakan bagi memastikan jemaah haji sentiasa mendapat maklumat dan panduan bukan sahaja berkaitan ibadat tetapi panduan kendiri dan peradaban kepada bakal haji, termasuk menjaga kesihatan serta mengekalkan kebersihan di persekitaran dimana mereka berada.

“Selain itu kemantapan kerja sebagai satu pasukan adalah penting dalam menyantuni Dhuyufurrahman ketika kita berhadapan dengan operasi haji yang mencabar, lebih-lebih lagi dengan pelbagai pembaharuan yang akan diperkenalkan oleh kedua pihak untuk keselesaan jemaah haji,”jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI