fbpx

Lori minyak masak terpakai terbabas, muatan tumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muatan minyak masak terpakai yang tumbah selepas sebuah lori terbabas di kilometer 36.8 Lebuh Raya Karak, Gombak, semalam.

GOMBAK – Sebuah lori membawa muatan minyak masak terpakai terbabas sehingga menyebabkan muatannya tumpah dalam kejadian di Kilometer 36.8, Lebuh Raya Karak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam.

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada pukul 2 petang apabila pemandu lori berusia 50 tahun dipercayai terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa memaklumkan lori jenis Volvo tersebut dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pelabuhan Klang.

“Setibanya di lokasi kejadian, ketika itu hujan lebat, sebuah lori hilang kawalan sebelum terlanggar penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 serta Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau 03-6126222. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI