fbpx

Lelaki tular bersihkan tandas, tempat wuduk masjid 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cecep bekerja seorang diri manakala alat pembersihan itu dibeli menggunakan wang hasil jualan tahu goreng. - INSTAGRAM @lagi.viral

JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki berusia 25 tahun yang membersihkan tandas dan tempat mengambil wuduk di sebuah masjid menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Okezone semalam.

Lelaki bernama Muhamad Cecep Abdullah itu berasal daripada Kota Sukabumi, wilayah Jawa Barat. 

Tindakannya mengundang perhatian orang ramai apabila video-video yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan dia membersihkan beberapa buah masjid di Sukabumi. 

Menurut Cecep, dia melakukan kerja pembersihan itu sejak 14 tahun lalu tetapi hanya menunjukkan amalan tersebut di media sosial baru-baru ini. 

Lebih menarik apabila Cecep bekerja seorang diri tanpa bantuan orang lain, manakala peralatan yang digunakan bagi tujuan itu dibeli dengan menggunakan wang hasil jualan tauhu goreng. 

“Saya boleh mengambil masa sehingga enam jam. Meskipun tempat itu sangat kotor, saya tak pernah rasa geli,” kata Cecep. 

“Cecep tidak peduli betapa kotor tempat yang perlu dibersihkan. Cecep peduli seberapa ramai orang yang senang dengan kebersihannya. Kerana Cecep sudah cinta dengan kebersihan, jadi ia biasa saja,” tambahnya.

Cecep juga berharap tindakannya dapat memberikan inspirasi kepada pemuda lain untuk melakukan amal kebajikan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI