fbpx

Lebih separuh pelajar tingkatan 4 di Johor pilih STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN.

ISKANDAR PUTERI – Enrolmen pelajar tingkatan empat di negeri ini yang mengikuti pendidikan aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merekodkan sebanyak 50.24 peratus setakat Mac tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, peratusan itu meningkat berbanding 45.73 peratus pada tahun 2023, manakala 40.94 peratus pada 2022.

“Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pelbagai program telah dilaksana secara berterusan bagi mengukuhkan pendidikan STEM di negara ini, termasuklah di Johor seperti program STEMEC dan program Young STEMist.

“Johor juga menyasarkan untuk mencapai kadar enrolmen pendidikan STEM sebanyak 60 peratus pada tahun 2028, InshaAllah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hasrunizah Hassan (BN-Pulai Sebatang) berhubung peratusan pencapaian pendidikan STEM dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini ketika sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI