fbpx

KPDN sita 153 cermin hadapan kenderaan tiruan sekitar Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDN ketika melakukan pemeriksaan terhadap cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan dalam serbuan di sekitar Lembah Klang. Foto IHSAN KPDN

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita sebanyak 153 keping cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan dalam empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada 9 Mei lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan yang dilakukan oleh KPDN Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur itu melibatkan tiga buah premis di Petaling Jaya, Selangor dan sebuah permis di Kepong, Kuala Lumpur.

Katanya, serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan awal oleh KPDN.

“Semua cermin hadapan kenderaan tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi tujuan siasatan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM140,200,” katanya dalam kenyataan, tadi.

Azman berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 31 tahun bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI