fbpx

Kanak-kanak murung selepas telefon dijual ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk tempatan mengambil tindakan dengan membelikan kanak-kanak lelaki itu sebuah basikal. - KOMPAS TV

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun mengalami masalah kemurungan selepas telefon bimbit yang dibelinya dijual oleh ibu sendiri, lapor stesen penyiaran Kompas TV semalam. 

Lebih menyentuh perasaan, dia menggunakan duit tabungannya untuk membeli telefon bimbit tersebut. 

Akibat rasa simpati dengan kisah itu, penduduk di sebuah kampung di Cirebon mengambil tindakan dengan membelikan sebuah basikal untuk dirinya. 

Menurut ketua kampung berkenaan, Ajat Supriadi, pembelian basikal itu merupakan usaha penduduk setempat untuk menggembirakan budak lelaki itu. 

“Basikal itu diberikan kerana sebelum ini salah satu harta miliknya diketahui hilang,” kata Ajat. 

Kisah yang menimpa kanak-kanak lelaki itu  menjadi tular di media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI