fbpx

Jangan kecam ahli KWSP keluar duit Akaun Fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Dalam keghairahan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencongak angka untuk memanfaatkan duit daripada pengeluaran Akaun Fleksibel atau akaun tiga, ramai pula yang menjadi perunding kewangan tidak bertauliah memberi nasihat kepada kumpulan tersebut.

Perunding kewangan ini kebanyakannya terdiri daripada pencarum yang berusia lebih daripada 55 tahun yang sudah merasai manfaat pengeluaran wang persaraan daripada akaun satu sebelum ini dan juga mereka yang memiliki sumber pendapatan yang stabil dengan menjawat jawatan tinggi di sesebuah organisasi, memiliki tabung kewangan yang banyak di beberapa institusi kewangan dan juga pelaburan dalam beberapa produk dana amanah.

Tidak salah rasanya mereka menasihati pencarum agar tidak bersikap tergesa-gesa membuka akaun 3 tanpa sebarang tujuan tetapi nasihat tersebut perlu ditujukan kepada mereka yang menyalahgunakan Akaun Fleksibel itu untuk tujuan perbelanjaan bermewah-mewah kerana ia hanya akan membinasakan perbelanjaan untuk jangka masa panjang.

Tapi janganlah dikecam atau memandang niat serong seseorang pencarum yang sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan membuat pengeluaran daripada

Akaun Fleksibel itu untuk menyelesaikan masalah peribadi masing-masing berbanding membuat pinjaman segera daripada along atau meminjam saudara mara dan kawan-kawan.

Peluang mengeluarkan wang daripada Akaun Fleksibel ini mungkin akan dapat menyelamatkan mereka daripada kereta ditarik oleh bank, cukai jalan dan insurans kenderaan dapat diperbaharui, menyelesaikan masalah tunggakan sewa rumah, bil air, elektrik, telekomunikasi, pelan internet serta juga mungkin dapat melangsaikan yuran tuisyen anak yang tertunggak selama ini.

Gunakanlah kesempatan ini dengan sebaiknya tapi perlu ada pelan sokongan lain untuk membolehkan anda memiliki simpanan lain ketika berdepan dengan hal-hal kecemasan pada masa depan.

Merujuk kepada laporan mengenai pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, ekoran pandemik lalu telah menyebabkan sejumlah RM101 bilion dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli telah mengakibatkan simpanan golongan bumiputera terus menyusut berbanding golongan Cina dan India.

Keterujaan tersebut telah mengakibatkan seramai 6.1 juta ahli kini memiliki kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka dan ini menunjukkan satu perkembangan yang tidak sihat.

Peluang terbaharu ini bakal menambahkan lara bagi mereka yang memiliki simpanan yang sedikit dalam akaun masing-masing.

Apa yang penting kini, belanjakan wang tersebut dengan cara berhemah dan jangan sekali-sekali membenarkan diri anda terperangkap dalam jurang scammer kerana kini mereka sedang memasang perangkap untuk mencari mangsa terbaharu khusus daripada pengeluaran Akaun Fleksibel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI