fbpx

Jangan bandingkan Syafiq dan Syamsul – Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusof Haslam percaya bahawa kedua-kedua anaknya mempunyai kehebatan tersendiri sebagai pengarah.

PETALING JAYA – Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam menasihati anaknya, Shafiq agar tidak berasa rendah diri dan membandingkan kejayaan filem arahannya dengan Syamsul.

Yusof, 70, berkata, kedua-dua anaknya yang terlibat dalam bidang pengarahan filem itu masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

“Sekarang ini semangat dia (Syafiq) sedang berkobar-kobar. Dulu dia rasa down (kecewa) kerana kutipan filem tidak setanding abangnya. Saya nasihatkan dia agar tidak mengalah kerana dia dan abangnya mempunyai kelas tersendiri.

“Jadi jangan kecewa soal kutipan filem kerana ada juga beberapa filem Shafiq berjaya meraih kutipan yang baik,” katanya kepada Kosmo Online.

Mengulas lanjut, Yusof memberitahu, Shafiq kembali bersemangat selepas mengarah filem Polis Evo 3 pada tahun lalu.

“Selepas Polis Evo 3, Shafiq kembali bersemangat dengan Sheriff: Narko Integriti. Dia melihat filem ini dapat sambutan hangat dan sekarang dia semakin bersungguh-sungguh.

“Awalnya saya ingin mengarahkan filem ini kerana idea asalnya daripada saya. Tetapi, Shafiq datang dan dia bertanyakan kebenaran untuk menjayakan filem ini.

“Selepas melakukan beberapa olahan saya rasa bimbang kerana filem ini agak sensitif, tetapi alhamdulillah apabila mendapat pujian daripada Bukit Aman. Bukit Aman mengatakan filem ini menarik dan tidak merendahkan polis,” katanya.

Untuk info, Sheriff: Narko Integriti yang memulakan tayangan pada 18 April lalu berjaya meraih kutipan RM60 juta. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI