fbpx

Impian Zii Jia perlu diiringi usaha keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA melangkah ke final pertamanya musim ini selepas menewaskan Tien Chen di separuh akhir Terbuka Thailand sebentar tadi.

MASIH banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia sekiranya mahu merealisasikan hasrat merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Legenda badminton tanah air, Datuk Rashid Sidek menegaskan, usaha serta persiapan bekas juara Asia dan All England itu perlu seiring dengan hasrat besar yang disuarakannya sebelum ini.

Kata Rashid, sasaran adalah hak peribadi setiap pemain, namun ia perlu diukur pada usaha serta latihan sama ada ia sudah mencukupi ataupun tidak dengan apa yang dihajati sebelum kejohanan berlangsung.

“Jika bercakap mengenai sasaran, itu terpulang kepada dia (Zii Jia) nak bawa pulang emas dan sebagainya, namun apa yang paling penting adalah persiapannya sudah cukup bagus ataupun tidak untuk dapatkan emas.

“Kalau tanya semua pemain kelompok 10 teratas, semuanya mahukan emas, tetapi persiapan itu perlu betul-betul bersedia. Sekiranya hanya bercakap dan latihan seperti biasa, macam mana nak dapat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, Zii Jia menerusi satu rakaman suara di lama media sosial X Team LZJ Jumaat lalu menyuarakan hasrat untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris dan bukan sekadar pelengkap jadual.

Dalam pada itu, Rashid yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 berpendapat, Zii Jia perlu meningkatkan lagi intensiti latihan bagi meningkatkan kemampuan berdasarkan pencapaiannya dalam saingan musim ini.

Sebagai rekod, prestasi Zii Jia musim ini boleh dianggap kurang memberangsangkan apabila belum meraih sebarang kejuaraan dengan pencapaian terbaik mara ke suku akhir pada Terbuka India, Indonesia Masters, All England dan Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI