fbpx

Gerai penjaja warga asing atas siar kaki di sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara premis yang disita DBKL malam tadi. Foto ihsan DBKL

KUALA LUMPUR – Dua gerai penjaja warga Indonesia antara 12 yang disita dan dipindahkan barangan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekitar Jalan Setiawangsa dan Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, Tindakan Khas Penjaja Warga Asing dan Pindah Halangan dilaksanakan di sekitar ibu negara pada pukul 9 malam.

“Menerusi pemeriksaan itu, tindakan diambil terhadap premis peniaga gerai makanan, minuman, burger dan penjaja kendera saji (food truck) yang menjalankan perniagaan tanpa lesen serta membuat halangan dan meninggalkan peralatan perniagaan di tempat awam.

“Kita bertindak menyita barangan dan peralatan perniagaan yang membuat halangan peralatan perniagaan di atas jalan, siar kaki, petak parkir dan laluan awam.

“Ia turut melibatkan dua penjaja warga Indonesia dan dua buah kenderaan saji turut dipindahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

“Kesemua peralatan dan barangan perniagaan seperti kerusi, bangku, meja, gerai beroda, tong gas, kanopi dan lain-lain yang disita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur untuk rekod, penyimpanan dan proses tuntutan.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara berperingkat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI