fbpx

Faisal Halim teringin nasi kandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal kini sudah pun dipindahkan ke wad biasa.

SHAH ALAM – Proses rawatan Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif dan pemain Harimau Malaya itu kini sudah dipindahkan ke wad biasa.

Pemain Selangor FC itu bagaimanapun masih kekal dalam pemantauan doktor kerana keadaannya yang dianggap masih dalam fasa ‘sensitif’.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, keadaan Faisal selepas menjalani proses ‘skin allograft’ bertambah baik dan selepas ini akan ada kulitnya di bahagian lain diambil untuk ditampal pada kawasan yang melecur.

“Hampir setiap hari saya dan Faisal akan berbalas ‘voice note’ dan paling penting percakapannya semakin jelas. Selera makannya juga bertambah, malah saya dengar (Faisal) sudah teringin nak makan nasi kandar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

SHAHRIL ketika ditemu bual pemberita selepas melawat Faisal Halim di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor, hari ini- Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Faisal yang mesra dipanggil Mickey selesai menjalani pembedahan ‘skin allograft’ yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu dijangka menjalani satu lagi pembedahan iaitu yang keempat pada minggu depan.

Dalam masa sama, Shahril juga menjelaskan, Faisal ada bertanyakan kepada isterinya tentang perlawanan Piala Sumbangsih, namun pihak kelab mengharapkan pemain itu fokus terhadap proses pemulihannya.

“Perkembangannya baik, tetapi saya serahkan kepada doktor. Mungkin (ambil) masa lama dan saya rasa paling kurang dua minggu lagi dia akan berada di hospital.

“Selepas selesai rawatan ‘skin allograft’, dia akan menjalani pembedahan keempat yang mana kulit di bahagian lain akan ditampal di kawasan yang cedera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI