fbpx

EPL: Spurs sanggup lihat Arsenal menang EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS memerlukan kemenangan menentang City untuk memastikan kedudukan mereka dalam kelompok lima teratas. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur lebih rela menyaksikan musuh ketat, Arsenal muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam usaha mereka menamatkan saingan musim ini dalam kelompok teratas liga.

Spurs akan melayan kunjungan Manchester City yang merupakan pencabar utama takhta liga di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok dengan The Citizens bakal turun menggalas misi memburu tiga mata.

Pengurus Spurs, Ange Postecoglou berkata, mereka langsung tidak memberikan tumpuan terhadap perebutan kejuaraan antara Arsenal dan City, sebaliknya hanya fokus pada tugas sendiri untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik.

“Masih ada enam mata yang perlu kami rebut musim ini, jadi itu merupakan sasaran utama kami dalam dua perlawanan terakhir. Saya tahu kami akan berdepan cabaran sukar menentang City nanti.

“Bagaimanapun, saya fikir kami ada kemampuan untuk dapatkan sesuatu pada perlawanan tersebut. Kami hanya perlu bermain seperti biasa dan gunakan peluang sebaiknya beraksi di laman sendiri,” katanya.

Berdasarkan kedudukan liga ketika ini, Spurs berkemungkinan jatuh ke tangga keenam atau ketujuh liga sekiranya gagal mencatat kemenangan dalam dua perlawanan terakhir dengan Newcastle United dan Chelsea mengintai peluang untuk memintas.

“Harapan saya pada ketika ini hanyalah untuk memastikan pasukan berada dalam kedudukan terbaik. Sebenarnya, saya tidak kisah dengan perebutan kejuaraan yang sedang berlaku di atas kami.

“Saya tidak akan mengaku kalah, jadi kami sebagai satu pasukan perlu menampilkan aksi terbaik dan tamatkan saingan musim ini dengan tiga kemenangan berturut-turut,” ujar Postecoglou. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI