fbpx

EPL: Arsenal harapkan ihsan seteru London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROSSARD (kiri) meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan United pada aksi di Old Trafford kelmarin. - AFP

ARSENAL benar-benar mahu menjadikan impian mereka menamatkan kemarau dua dekad tanpa trofi Liga Perdana Inggeris sebagai kenyataan apabila berjaya mencatat kemenangan selepas membenam cabaran Manchester United 1-0 di Old Trafford kelmarin.

Kemenangan ke-27 dicatatkan musim ini juga menjadi rekod baharu kelab itu sebagai kemenangan paling banyak diperoleh dalam era EPL dan lebih bermakna The Gunners juga berjaya memadamkan rekod kebal Old Trafford selepas hanya meraih satu kejayaan dalam 16 perlawanan di gelanggang lawan itu sebelum ini.

Berbaki satu perlawanan terakhir menentang Everton pada Sabtu ini, Arsenal pastinya berharap pencabar utama mereka, Manchester City yang kekurangan satu mata di belakang mereka gagal meraih mata maksimum dalam dua perlawanan terakhir menentang Tottenham Hotspur dan West Ham United.

Justeru, Arsenal berharap dua pasukan berkenaan yang menjadi seteru utama pada setiap aksi derbi London mampu untuk membantu mereka menafikan hasrat City untuk menjulang gelaran tersebut buat kali keempat berturut-turut selain melunaskan dendam musim lalu apabila skuad kendalian Mikel Arteta itu yang menguasai sebahagian besar saingan di pintas saat akhir.

The Gunners mungkin boleh menarik nafas lega apabila Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui sanggup melihat seteru utara London mereka itu menjulang kejuaraan dan memburu kemenangan ke atas City awal pagi esok bagi menyelamatkan kedudukan mereka dalam kelompok lima terbaik bagi menjamin tempat ke saingan Liga Europa musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN