fbpx

Bukit Aman tahan lans koperal edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal diberkas bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah di Paka, Dungun hari ini.

Suspek ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada pukul 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, pemeriksaan menjumpai pil dan serbuk disyaki dadah jenis pil Yaba seberat 110.87 gram, syabu (5.42 gram) dan heroin (0.11 gram).

“Nilai rampasan kesemua dadah tersebut dianggarkan RM8,600,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, anggota polis telah telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk disoal siasat.

Beliau berkata, pemeriksaan urin mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

“Dia telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Penglibatan anggota polis dalam jenayah penyalahgunaan dadah ini amat diambil serius,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI