fbpx

Azizulhasni ‘simpan kuku’ di JTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI meraih dua gangsa dalam acara pecut dan keirin pada saingan JTC yang menjadi medan pemanas badan sebelum ke Olimpik Paris.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat berpuas hati dengan penampilannya di Jepun selepas mengakui telah menempuh perlumbaan yang berkualiti.

Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman tersebut menggondol dua pingat gangsa yang diraih dalam acara pecut dan keirin pada Piala Trek Jepun (JTC) yang menjadi aksi pemanas badan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

“Objektif utama ke kejohanan ini adalah untuk mendapatkan perlumbaan bertaraf tinggi (high level competition) bagi mengukur tahap prestasi semasa dan juga latihan situasi perlumbaan.

“Pada JTC 1 saya menempuhi perlumbaan sebanyak 10 kali dalam satu hari, manakala pada JTC 2 (Ahad) pula adalah sebanyak 11 perlumbaan dalam tempoh dua hari.

“Tempoh rehat antara sesi perlumbaan juga amat singkat dan kualiti setiap perlumbaan adalah sangat tinggi seperti kejohanan dunia.

“Saya juga dimaklumkan bahawa pasukan Jepun berada di tahap kondisi yang sangat baik pada perlumbaan ini kerana kejohanan ini merupakan platform pemilihan pasukan mereka untuk ke Sukan Olimpik Paris.

“Rumusan keseluruhan pertandingan, saya dan jurulatih gembira dengan prestasi semasa serta catatan masa yang dilakukan pada perlumbaan disini.

“Kualiti perlumbaan di sini juga memberikan nilai tambah untuk persiapan saya ke Sukan Olimpik kelak. Insya-Allah jika semua berjalan lancar seperti dirancang, prestasi saya masih boleh dipertingkatkan lagi dalam berbaki 86 hari sebelum perlumbaan saya bermula,” kata Azizulhasni.

Pada Sabtu lalu, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki selepas ditentang hebat dua pelumba berbakat Jepun, Kaita Ota dan Yuta Obara yang masing-masing meraih emas dan perak.

Pada saingan JTC II, pelumba berusia 36 tahun itu terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa dalam acara keirin selepas pingat emas dimenangi Ota manakala perak menjadi milik Kento Yamasaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI