fbpx

Anwar ucap tahniah kepada UKM atas pembukaan kampus di Doha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar merasmikaan pembukaan kampus UKM di Doha, Qatar, hari ini. FOTO ihsan Facebook Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan membuka kampus di Doha, Qatar hari ini.

Anwar berkata, beliau bersyukur
kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan kepimpinan dan warga UKM untuk menyaksikan detik bersejarah tersebut.

“Pembukaan kampus ini meletakkan status pengajian tinggi kita di pentas dunia apatah lagi UKM bermula sebagai sebuah institusi pengajian awam di Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

“Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekwan Hj Toriman di atas kejayaan besar ini,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Anwar berharap pelan yang telah dirintis oleh UKM akan membuka laluan yang lebih luas kepada universiti awam Malaysia yang lain untuk mengorak langkah serupa selepas ini.

“Sebagai salah seorang yang menandatangani memorandum mendesak penubuhan sebuah universiti awam yang berteraskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, saya berasa bangga bersama warga UKM di hari yang gemilang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI