fbpx

Amal, Siti Khadijah serah kit perjalanan kepada bakal jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Padzilah (kiri) melihat salah seorang wakil jemaah haji menerima sumbangan kit perjalanan di Sepang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Amal by Malaysia Airlines (Amal) telah be­kerjasama dengan Siti Khadijah menyumbang barangan kelua­ran syarikat tersebut dan juga kit perjalanan kepada 284 bakal jemaah haji di Kompleks Tabung Haji di Sepang baru-baru ini.

arangan berupa kelengkapan dan keperluan ibadah haji yang bernilai RM200 setiap satu itu disumbangkan kepada penumpang untuk pesawat KT05.

Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan jemaah bakal haji pertama yang menaiki Amal dan melalui pro­ses daftar masuk di kompleks tersebut untuk penerbangan terus ke Madinah.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin berkata, kerjasama tersebut bakal membuka ruang dan pe­luang bagi syarikat untuk menambah keselesaan beribadah bagi bakal jemaah haji.

“Inisiatif kerjasama antara Siti Khadijah dan Amal telah mengambil masa lebih daripada setahun dan kini kami telah berjaya merealisasikan misi masing-masing untuk meraikan bakal jemaah bagi musim haji kali ini.

“Kami sangat mengutamakan perkhidmatan untuk memberi keselesaan kepada semua mereka yang bakal menunaikan haji dan juga bagi mereka yang akan mengerjakan umrah pada masa depan.

“Untuk majlis penyerahan sumbangan kali ini, kami memberikan barangan keperluan solat untuk lelaki dan juga wanita agar mereka dapat beribadat dengan lebih selesa di Tanah Suci,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tersebut baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Amal, Muhammad Najmi Mansor, Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengasas Jenama Telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI