fbpx

1,995 kes demam denggi pada Minggu Epidemoilogi ke-18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,995 kes demam denggi direkodkan pada pada Minggu Epidemiologi ke-18 iaitu bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dalam tempoh sama juga, tiada kematian direkodkan akibat komplikasi demam denggi.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga minggu berkenaan adalah 54,882 kes berbanding 38,933 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan tadi.

Katanya, bilangan lokaliti hot spot yang dilaporkan bagi minggu berkenaan adalah sebanyak 70 lokaliti berbanding 63 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Dari 70 lokaliti yang dilaporkan, Selangor mencatatkan hot spot terbanyak iaitu 55 lokaliti, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (enam), Perak (tiga), Pulau Pinang (dua), Negeri Sembilan (dua) manakala Kedah dan Sarawak masing-masing satu,” ujarnya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, tiada kes direkodkan pada minggu berkenaan dengan jumlah kumulatif sehingga kini adalah sebanyak 23 kes.

Survelan bagi zika pula Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 900 darah dengan enam sampel urin telah dijalankan saringan dan kesemuanya negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI