fbpx

Wanita tipu JPN daftar lelaki sebagai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita antara tiga ditahan ekoran disyaki mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jumaat lalu.

SANDAKAN – Seorang wanita antara tiga ditahan ekoran disyaki mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jumaat lalu.

JPN Sabah dalam kenyataan dikeluarkan di laman sosial rasminya berkata, wanita berkenaan pada 15 Februari lalu dikatakan mengemukakan maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan di JPN Daerah Sandakan.

“Wanita terbabit memberikan maklumat palsu dengan menyatakan kedua-dua lelaki terbabit adalah anak kandungnya.

“Bagaimanapun, risikan dan siasatan lanjut yang dijalankan oleh oleh Pegawai Penguat Kuasa JPN mendapati wanita itu bukan ibu kandung kepada kedua-dua lelaki berkenaan.

“Kesemua individu itu kemudiannya ditahan pada 10 Mei lalu ketika hadir memberikan keterangan di JPN Daerah Sandakan,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga individu terbabit akan dituduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (2007).

Ketanya, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI