KUALA LUMPUR – Tiga lelaki bertopeng terus menabur bakti apabila memberi sumbangan barangan keperluan kepada orang ramai berhampiran Bazaria, Pantai Dalam baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video TikTok di akaun @xyzteamproject, kumpulan itu terus dikerumuni orang ramai untuk mendapatkan beras percuma.
Penularan video itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian netizen untuk mereka meneruskan beri sumbangan, bagaimanapun terdapat netizen yang mempersoalkan tindakan pihak kerajaan.
“Teruskan anak muda, abaikan yang cuba jatuhkan kalian,” komen kampungirl8.
“Terima kasih orang baik. Semoga dilimpahkan rezeki, Amin,” komen @youmeshafinaz12.
“Zaman sekarang rakyat tolong rakyat. Apa fungsi kerajaan hari ini?,” komen @azraaimuhammad.
Malah ada antara warga TikTok yang mencadangkan pengagihan sumbangan itu diteruskan ke kawasan pendalaman.
“Diharapkan ada yang sampai ke pelosok kampung, macam kawasan kampung saya. Kampung saya ada seorang ibu tunggal bersama anak OKU, motosikal tiada cuma basikal sahaja,” komen @mamarun_2903. – KOSMO! ONLINE
Beras free untuk semua, alhamdulillah teruskan niat murni ni
syabas anak2 muda moga Allah melipatgandakan lagi rezeki 🤲🏻 pic.twitter.com/DlXLZ2fIVJ
— ًِ (@bckupacc99) May 12, 2024