fbpx

Sime Darby Property rangkul 12 anugerah di MLAA14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Operasi – Pembangunan Bersepadu Sime Darby Property, Datuk Ir Mohd. Idris Abdullah (tengah) menerima anugerah Pelanggan Terbaik di Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) telah meraih 12 kemenangan termasuk anugerah Pelanggan Terbaik di Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia 2024 (MLAA14) baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican berkata, pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi syarikat untuk terus mempertingkatkan industri seni bina dan memacu norma reka bentuk terkini. 

Menurut beliau, ia menunjukkan penekanan strategik Kumpulan untuk mengintegrasikan kelestarian dalam pembangunannya di seluruh negara.

“Kami percaya bahawa reka bentuk landskap dan seni bina yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti kami dan menyumbang kepada usaha kelestarian secara positif, khususnya dalam biodiversiti bandar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Azmir menerangkan, setiap pengiktirafan ini menunjukkan usaha Sime Darby Property dalam mencipta komuniti mampan berpandukan matlamat kami untuk menjadi pengganda nilai kepada masyarakat,perniagaan, ekonomi dan planet.

Dianjurkan pada setiap tahun sejak 2007 oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia dan disokong oleh Persekutuan Arkitek Landskap Antarabangsa, anugerah berprestij ini meraikan kecemerlangan dalam bidang seni bina landskap.

Sime Darby Property menerima Anugerah Kecemerlangan untuk Bandar Elmina bagi kategori Anugerah Pelan Induk Landskap manakala KL East menerima Anugerah Penghormatan.

Syarikat juga meraih dua Anugerah Penghormatan dalam kategori Pembangunan Landskap untuk Bandar Elmina dan Nilai Impian.

Usaha Sime Darby Property dalam mendorong agenda kelestarian turut diiktiraf dengan tiga Anugerah Penghormatan bagi kategori Pengurusan Alam Sekitar & Landskap untuk Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja serta dalam kategori Infrastruktur Hijau untuk Bandar Serenia.

Syarikat juga memenangi empat Anugerah Kepujian bagi kategori Analisis Landskap dan kajian untuk Bandar Elmina, Bandar Serenia dan Nilai Impian, dan dalam Anugerah Reka Bentuk Landskap untuk Bandar Elmina. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI