PETALING JAYA – Segelintir pencarum dilihat berkongsi simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susulan penstrukturan semula akaun yang diumumkan baru-baru ini.
Tinjauan di beberapa platform media sosial mendapati, ramai pengguna tidak segan berkongsi caruman mereka kepada umum terutama sekali pencarum yang mempunyai jumlah simpanan yang tinggi.
Di aplikasi X, seorang pengguna menarik tumpuan netizen apabila berkongsi jumlah caruman KWSP mencecah RM500,000.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna kagum melihat jumlah simpanan KWSP terbabit.
“Banyaknya KWSP dia, aku punya akaun dua RM3,000 pun tak sampai. Berapa agaknya gaji dia ya,” kata Elle.
“Kagum tengok KWSP orang sampai ratus ribu ni. Agaknya masa boleh keluar i-Sinar dia tak pernah keluarkan langsung,” kata Affendi.
“Ramai orang ‘flex’ KWSP, aku nak buka apps tengok baki pun segan,” kata Ilham.
Terdahulu, orang ramai boleh mula memindahkan wang simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel selepas dilancarkan semalam. – KOSMO! ONLINE