fbpx

Poliklinik ATM Kem Batu 10 manfaat 16,000 warga ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled Nordin (tengah) ketika melakukan lawatan ke tapak pembinaan Poliklinik ATM Kem batu 10, Kuantan.

KUANTAN – Poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Batu 10 di sini bakal bakal memberi manfaat kepada kira-kira 16,000 warga ATM dan ahli keluarga yang bertugas di Kuantan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, poliklinik ATM pertama di Pahang yang melibatkan kos sebanyak RM27.12 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun hadapan.

“Poliklinik ini memberi rawatan dan perkhidmatan kepada anggota tentera, ahli keluarga, veteran dan juga turut dibuka kepada orang awam,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja beliau ke Markas Angkatan Bersama (MkAB), tapak pembinaan Poliklinik ATM, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini.

Menurutnya, berlaku kelewatan pembinaan poliklinik berkenaan yang sepatutnya siap pada September tahun ini disebabkan penemuan mata air di tapak projek.

Justeru beliau berkata pihak kontraktor diberikan lanjutan masa (EOT) selama 312 hari bagi mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, daripada lima buah poliklinik yang dibina di seluruh negara, dua telah siap dibina, dua sedang dalam pembinaan dan satu lagi bakal di bina di Kelantan dengan setiap satunya menelan kos tidak lebih dari RM35 juta.

Selain itu, Mohamed Khaled memberitahu terdapat sebuah hospital yang sedang dalam pembinaan iaitu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka menggantikan hospital lama yang dijangka siap pada 2028 dengan menelan kos lebih RM300 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI