fbpx

Pengantin lelaki buat kejutan hadiahkan ‘permaidani wang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clavecillas menghadiahkan wang hasil daripada duit simpanannya. - The Filipino Times

MANILA – Seorang pengantin lelaki di Filipina membuat kejutan kepada isterinya pada hari perkahwinan mereka dengan menghadiahkan wang tunai berjumlah 1 juta peso (RM82,039) yang digubah menjadi sehelai permaidani, lapor portal berita Okezone semalam.

Menurut John Clavecillas, dia bertekad memberikan hadiah itu kerana percaya kepada apa yang digelar ‘arrhae’ perkahwinan atau bermaksud wang yang dikumpul secara bersungguh-sungguh.

“Saya menawarkan wang hasil menabung ini untuk kesejahteraan isteri sehingga dia tidak perlu memikirkannya lagi (tentang wang),” katanya kepada laman berita The Filipino Times.

Tambah Clavecillas, wang tersebut melambangkan komitmennya terhadap perkahwinan dan bukanlah keputusan yang dibuat secara tiba-tiba.

“Wang ini sudah dirancang sejak lama dahulu dan saya pernah merancang untuk menabung sehingga 1 juta peso untuk menyara keluarga pada masa hadapan.

“Saya melakukan semua ini untuk isteri dan ibu bapa saya. Saya pernah berjanji untuk membayar kembali wang ibu bapa yang pernah dibelanjakan,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI