JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pencuri menangis ketika dibelasah penduduk yang menemuinya sedang bersembunyi, lapor portal berita Okezone kelmarin.
Kejadian berlaku di Penjaringan, Jakarta Utara.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, pencuri tersebut ditemui sedang bersembunyi di kolam air kumbahan.
Selepas penduduk melihatnya, pencuri itu dibawa keluar dari kolam kumbahan tersebut lalu mereka membelasahnya.
Lelaki tersebut kemudian menangis dan merayu supaya mereka berhenti memukulnya.
“Seorang lelaki yang disyaki pencuri motosikal dikejar penduduk setempat dan ditemui bersembunyi di kolam,” kata keterangan video tersebut.
Laman berita MNC Portal Indonesia dilaporkan cuba mendapatkan pengesahan daripada ketua polis setempat, namun tiada maklum balas sehingga kini. – AGENSI