fbpx

Pelajar IPT dicekup jadi prebet sapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIF Yusabra memberikan notis saman kepada seorang pelajar IPT yang ditahan dalam operasi prebet sapu dekat sebuah IPT di Nilai, hari ini. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

SEREMBAN – Kegiatan prebet sapu dikesan berleluasa di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Nilai di sini dengan penglibatan pelajar sendiri selain mudah diakses melalui aplikasi Telegram.

Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bermula sekitar 11 pagi di sekitar Nilai di sini hari ini, seramai lima pemandu prebet sapu telah ditahan dengan tiga daripadanya merupakan pelajar.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, modus operandi kegiatan tersebut adalah dengan menerima tempahan bagi setiap perjalanan daripada penumpang melalui aplikasi Telegram yang hanya boleh diakses secara tertutup.

“Bilangan ahli dalam aplikasi Telegram ini ramai lebih 12,000, kebanyakannya terdiri dalam kalangan pelajar IPT sendiri.

“Kadar tambang tertentu akan dikenalan kepada penumpang mengikut jarak perjalanan yang dibuat pada kadar lebih murah,” katanya ketika ditemui selepas operasi prebet sapu di Nilai di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI