fbpx

Masjid tetap kukuh dilanda banjir kilat, lahar sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid An-Nur yang terletak bersebelahan sebatang sungai berada dalam keadaan baik meskipun dihentam oleh batu besar dan lahar sejuk dari Gunung Marapi. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah masjid di Agam, wilayah Sumatera Barat yang berdiri kukuh meskipun kawasan sekelilingnya musnah akibat banjir kilat.

Portal berita Okezone melaporkan, Masjid An-Nur yang terletak di tepi sebatang sungai itu berada dalam keadaan baik meskipun dihentam batu besar dan lahar sejuk yang mengali dari Gunung Marapi.

Kawasan di sekeliling masjid itu musnah selain beberapa binaan runtuh akibat dihentam batu besar dan dihanyutkan banjir.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Batu-batu dari Gunung Marapi yang disertai lahar sejuk mengalir ke dalam sungai. Ia melalui masjid di kampung ini,” kata keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen  netizen yang meluahkan rasa takjub.

“Alam sudah memberi tanda. Kembalilah ke masjid dan  dan penuhilah masjid  kita. Cegah kafe yang membuatkan anak-anak kita lupa ke masjid,” kata seorang netizen.

“Kenapa dalam setiap bencana masjid selalunya selamat? Ini kerana bukti bahawa Allah itu Maha Besar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI