fbpx

Malakoff teroka teknologi inovatif mesra alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malakoff mengukuhkan lagi komitmen terhadap kelestarian alam melalui Perjanjian Perkongsian Teknologi di antara AFES.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mengukuhkan lagi komitmen terhadap kelestarian alam melalui Perjanjian Perkongsian Teknologi di antara Alam Flora Environmental Solutions (AFES).

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, perjanjian persefahaman bersama anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), dengan City Oil Field, Inc. (COF) Korea itu bagi menerokai peluang-peluang perniagaan di Malaysia.

Katanya perkara itu dapat dicapai dengan menggunakan kaedah Teknologi Pirolisis Baru (bukan tradisional) serta peralatan dari Republik Korea yang dibangunkan oleh COF bagi merawat sisa plastik secara mesra alam.

“Kerjasama ini sebagai satu yang langkah progresif ke arah penggunaan penyelesaian yang inovatif dalam menguruskan sisa pepejal di Malaysia
secara mampan.

“Ini sejajar dengan teras perniagaannya yang baru iaitu, Malakoff
Environmental Solutions, hasil daripada penjenamaan semula syarikat pada tahun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, menerusi kerjasama strategik itu AFES akan mengenal pasti lokasi yang sesuai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga negeri Pahang bagi penubuhan fasiliti merawat sisa plastik secara mesra alam (RGO).

“Selain itu, AFES akan memainkan peranan penting dalam memperoleh sumber sisa plastik yang diperlukan sebelum bermulanya operasi fasiliti tersebut.

“Dalam masa yang sama, COF akan menyediakan perkhidmatan perundingan sambil menawarkan kepakaran serta khidmat nasihat teknikal sepanjang projek ini berjalan,” ujarnya.

Terdahulu, perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Anwar Syahrin dan Ketua Pegawai Eksekutif COF, Jeong Yeong-Hun dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali dan Ketua Pegawai Operasi COF, Donghyun Ham di Ibu Pejabat Malakoff di Plaza Sentral, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI