fbpx

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bakal kendali penerbangan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra - GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU – Projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini dilaksanakan dengan kadar segera agar ia dapat dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan projek itu diluluskan oleh Kabinet selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan tersebut semasa Mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.

Menurutnya, projek pemanjangan landasan daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter itu merupakan sebahagian daripada projek pembesaran LTSIP sedia ada.

“Ia akan dilaksanakan secara serentak dengan projek fasa dua LTSIP ketika ini yang hanya melibatkan skop bangunan. Tetapi, atas permintaan kerajaan negeri dan persetujuan Perdana Menteri, kita masukkan skop pemasangan landasan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Anthony memberitahu, sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan rundingan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk peruntukan bagi projek berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI