fbpx

Kuota haji terbesar Indonesia seramai 241,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH haji tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah sebelum memulakan perjalanan ke kota suci Mekah pada 10 Mei lalu. – AFP

JAKARTA – Indonesia semalam menyambut baik perluasan inisiatif laluan Mekah kepada tiga lapangan terbang ketika kumpulan pertama kontijen haji terbesar Indonesia berlepas ke Arab Saudi, lapor laman berita Arab News.

Indonesia yang merupakan negara memiliki populasi beragama Islam terbesar dunia, akan menghantar seramai 241,000 jemaah haji ke Arab Saudi pada tahun ini.

Walaupun ibadah haji tahun ini dijangka bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 19 Jun, ramai jemaah berlepas lebih awal untuk tidak mensia-siakan peluang sekali seumur hidup mereka dalam menunaikan tanggungjawab agama Islam.

Ketika penerbangan haji pertama Indonesia membawa hampir 400 jemaah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pagi semalam, Menteri Hal Ehwal Agama,  Yaqut Cholil Qoumas berkata, beliau berterima kasih kepada kepimpinan Arab Saudi kerana menambah inisiatif Laluan Mekah ke  bandar-bandar lain di Indonesia.

“Bagi pihak kerajaan Indonesia, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Saudi kerana menambah fasiliti ini ke bandar selain Jakarta iaitu Solo dan Surabaya,” kata Yaqut.

Dilancarkan pada 2019, inisiatif Laluan Mekah merupakan program praperjalanan yang diwujudkan untuk membantu jemaah memenuhi semua keperluan visa, kastam dan kesihatan di lapangan terbang negara asal mereka. Ini dapat mengelakkan mereka menunggu berjam-jam untuk prosedur tersebut sebelum dan semasa tiba di Arab Saudi.

Pada tahun ini, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada lebih 128,000 jemaah Indonesia yang akan berlepas dari tiga bandar terpilih itu.

“Kami melihat sendiri perkhidmatan pantas ini  di lapangan terbang. Ia tidak mengambil masa lebih daripada dua minit. Ia sangat pantas dan sangat membantu para jemaah. Apabila mereka tiba, mereka tidak lagi perlu melalui prosedur imigresen yang lain.

“Mereka boleh terus menaiki bas masing-masing dan memulakan perjalanan ibadah di Tanah Suci,” jelas Yaqut.

Pada tahun ini, Arab Saudi menambah kuota  haji Indonesia seramai 20,000 orang berbanding 221,000 jemaah pada tahun lalu, menjadikannya yang terbesar dalam sejarah Jakarta.

Kuota tambahan itu akan membantu memendekkan tarikh menunggu sesetengah jemaah selama beberapa tahun. Ramai rakyat Indonesia perlu menunggu sehingga 45 tahun untuk giliran mengerjakan haji. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI