fbpx

Korban banjir kilat di Sumatera Barat terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK kampung membawa barangan milik mereka di laluan berlumpur selepas banjir lahar melanda Tanah Datar di Sumatera Barat semalam. – Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

JAKARTA – Banjir kilat akibat hujan lebat di barat Indonesia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang, kata perkhidmatan kecemasan seperti laporan agensi berita EFE semalam.

Agensi mencari dan menyelamat, Basarnas menyatakan dalam satu kenyataan bahawa 19 orang terkorban di daerah Agam, sembilan lagi di Tanah Datar, seorang di kota Padang Pajang dan lapan mangsa di Padang Pariaman.

Lebih 12 orang  hilang dalam banjir  yang melanda wilayah Sumatera Barat kelmarin selepas hujan lebat turun selama beberapa jam dan mencetuskan aliran lahar sejuk dari Gunung Marapi.

Banjir lahar mengandungi abu vulkanik, pasir dan batu-batu kecil itu menyebabkan bencana di Tanah Datar menjadi lebih buruk.

Gunung Marapi pernah meletus pada Disember tahun lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh.

Menurut pihak berkuasa,  berpuluh-puluh bangunan termasuk kediaman penduduk, pejabat dan sekurang-kurangnya sebuah sekolah terjejas dalam bencana kali ini.

Pasukan kecemasan bekerja 24 jam sehari untuk membantu mangsa-mangsa yang cedera dan menyelamatkan penduduk terjejas di Sumatera Barat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI