fbpx

Kes Faisal Halim: Rawatan ‘skin allograft’ berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim.

SHAH ALAM – Proses rawatan ‘skin allograft’ yang sedang dijalani bintang bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sejak Khamis lepas mula menunjukkan perkembangan positif kerana dilihat sesuai dengan kulitnya.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengesahkan proses tersebut boleh dianggap berjaya dan sudah pasti ia memberi khabar gembira buat peminat bola sepak negara.

Kata Shahril, tonggak Gergasi Merah itu juga akan menjalani pembedahan keempat dalam masa terdekat nanti.

“Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’ juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang isu berbangkit.

“Kita lihat dalam tempoh sehari dua ini bagaimana perkembangan Faisal sebelum pakar perubatan menentukan rawatan seterusnya,” katanya secara ringkas.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Faisal disimbah asid sulfurik oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Damansara, Selangor.

Situasi itu menyebabkan pemain yang mesra dengan Mickey ity menerima rawatan rapi menggunakan proses ‘skin allograft’ yang dianggarkan bernilai lebih RM30,000 dari Belgium.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair sebelum ini mengakui pendekatan itu diambil sebagai prosedur untuk membantu proses pemulihan Faisal.

Rawatan tersebut menyebabkan pemain kelahiran Mengkuang Titi tidak boleh dilawati secara rambang kerana dikhuatiri kulitnya boleh dijangkiti kuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI