fbpx

‘Kami mahu kembali ke sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru mengajar matematik di sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Shati, Bandar Gaza, 7 Mei lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Berpuluh-puluh kanak-kanak Gaza berkumpul di hadapan Hospital Al-Aqsa, bandar Deir al-Balah kelmarin, bagi menyatakan hasrat kembali ke sekolah dan hidup dengan aman, lapor agensi berita Anadolu.

Kanak-kanak Palestin dirampas hak mereka untuk mendapatkan pendidikan akibat serangan tentera Israel.

Dianjurkan oleh sekumpulan anak muda, kanak-kanak tersebut membawa sepanduk dengan slogan seperti, ‘Pendidikan adalah hak kami, kami menuntut pendidikan’ serta ‘Kami mahu hidup dengan aman dan selamat.’

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dikenali sebagai Iman berkata: “Seperti kanak-kanak lain di dunia, kami mahu hidup dengan aman dan selamat serta kembali ke rumah dan sekolah kami.

“Mengapa mereka merosakkan hidup kami? Bukankah kita layak hidup dengan aman?”

Iman turut mengutuk Israel kerana membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa, selain merayu negara-negara lain agar mendesak Rejim Zionis menghentikan serangan terhadap Gaza.

Menurutnya, dia berharap agar kanak-kanak di Gaza dapat kembali ke kehidupan mereka seperti dahulu dan mendapatkan semula kebebasan seperti kanak-kanak lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI