PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka melaksanakan pemberian vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (D-TAP) kepada ibu mengandung bermula akhir tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, suntikan itu penting bagi melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan penyakit Pertussis atau batuk kokol.
“Kerajaan juga telah meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin D-TAP itu. Ini dijangka bermula pada hujung tahun 2024,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Immunisasi Peringkat Kebangsaan dan National Immunization Summit 2024, di sini hari ini.
Tambahnya, pemberian vaksin itu akan diberikan secara percuma dan dimasukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). – KOSMO! ONLINE