fbpx

F1: Sainz tertekan tentukan nasib sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ perlu segera membuat keputusan sama ada memilih Sauber atau Mercedes selepas peluangnya ke Red Bull tertutup. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Carlos Sainz berdepan tekanan untuk memilih destinasi perjalanan kariernya musim depan selepas peluangnya untuk menyertai pasukan Red Bull dikatakan telah tertutup rapat.

Red Bull dikatakan bersedia melanjutkan kontrak Sergio Perez untuk kekal bersaing bersama Max Verstappen musim depan sekali gus membuatkan pemandu 29 tahun itu mempertimbangkan tawaran Sauber serta Mercedes.

Sauber yang bakal menjalinkan kerjasama dengan Audi pada 2026 dengan peraturan baharu dikatakan memberi jaminan kepada pemandu Scuderia Ferrari, Sainz dengan kontrak lumayan.

Bagaimanapun, Audi menuntut jawapan daripada Sainz menjelang perlumbaan Grand Prix Monaco pada 26 Mei ini dan perlu memberikannya tarikh akhir dua minggu selepas perlumbaan tersebut.

Selain Sauber, Sainz mempunyai peluang untuk menyertai pasukan Mercedes selepas juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menyertai Ferrari.

Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff dikatakan telah menawarkan kontrak kepada Sainz, tetapi hanya setahun selepas dikatakan ingin membawa masuk Verstappen pada 2026 jika ada peluang.

Tempoh masa terhad dari kedua-dua pasukan menambah tekanan kepada Sainz yang kini dalam proses membuat keputusan.

Pada musim ini, Sainz membuka kempen perlumbaan F1 dengan positif apabila menamatkan perlumbaan podium tempat ketiga di GP Bahrain dan mencipta kejutan melakar kemenangan di Grand Prix (GP) Australia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI