fbpx

Dua lelaki didakwa edar 21kg heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fauzi (dua dari kanan) dan Dzulkarnai (tiga dari kanan) dibawah ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan mengedar dadah dua minggu lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TAIPING – Dua lelaki berhadapan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21.03 kilogram (kg), dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Fauzi Mohd. Mokhtar, 42, dan Dzulkarnai Maliki, 47, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, dua lelaki itu yang masing-masing bekerja sebagai nelayan dan pembantu kedai makan didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 21,037.10 gram.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai di Jalan Medan Simpang, Taiping pada pukul 11.15 malam, 3 Mei 2024.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Nishaalini manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI