fbpx

Didi Astillah berang kenyataan ‘putar belit’ Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIDI menjadi galang ganti mengherdik pendekatan Aliff dalam sebuah temu bual yang disifatkam tidak habis-habis memutarbelitkan cerita berhubung konflik rumah tangga dengan Bella Astillah.

PETALING JAYA – Berang dengan kenyataan ‘putar belit’ penyanyi Aliff Aziz, pelakon Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya iaitu Bella Astillah dengan mendakwa abang iparnya menggunakan pelbagai alasan dan tuduhan bagi menutup kesalahan sendiri khususnya kes tangkap khalwat.

Tidak tahan melihat Bella kerap ‘diserang’ dengab tuduhan curang, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah akui kakaknya juga ada melakukan kesilapan dalam rumah tangga mereka selain meminta hak Bella sebagai seorang isteri.

“Sumpah dah malas sebenarnya nak cakap apa-apa tetapi macam tidak berhenti pula dia keluarkan kenyataan yang lari topik.

“Mungkin kak long (Bella Astillah) saya jenis penyabar dan boleh diam tetapi saya tak suka bila ditindas dengan putaran dan belitan ayat-ayat mereka.

“Ya, kak long pernah buat kesalahan tetapi kalau kalau abang sayang, hormat dan perlakukan dia sebagai seorang isteri, mustahil untuk benda-benda itu terjadi lebih-lebih lagi setelah 10 tahun dia terima dan bersabar atas kecurangan abang,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Tambah Didi, Aliff juga dikatakan sering mengeluarkan kenyataan menunjukkan kesalahan Bella tanpa mengetengahkan isu tangkap khalwat dengan Ruhainies.

“Abang bila mahu bertaubat. Salah tetap salah, saya percaya apa yang mereka cuba buat adalah untuk menggaburi mata semua orang dengan kes tangkap khalwat yang mana benda inilah paling penting dan utama.

“Sejak temu bual podcast, temu bual sana sini bila bab kes (khalwat) tidak mahu ulas apa-apa tetapi bila kesalahan kak long saya panjang berjela seolah-olah mereka nak menutup kes khalwat macam itu sahaja.

“Saya pun jadi pening bila dengar kenyataan atau jawapan yang lari dari topik setiap kali temu bual. Sudah-sudahlah bagi kenyataan dan tunjuk kemarahan lebih baik diam sebab salah sendiri,” tuturnya.

Dalam masa sama, Didi turut mempertikai mengenai jawapan Aliff tentang isu berdua-duaan dengan Ruhainies pada malam mereka ditangkap khalwat tetapi tetap ingin memerli pihak lain.

“Tidak mungkinlah pasangan kekasih dah berLU (sayang) MU (rindu) datang set bersama tidak buat apa-apa?

“Umpama kucing menolak ikan. Bau ikan pun kucing sudah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra. Inikan pula depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?,” kongsinya.

Dia juga menyelar pengakuan Aliff iaitu berang apabila seorang lelaki mula mendekati kakaknya.

Bukan itu sahaja, Didi turut mempersoalkan keikhlasan Ruhainies menerusi permohonan maaf yang dilakukan beberapa sebelum ini.

“Bila ada lelaki lain di samping kak long, tahu pula nak melenting tetapi masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari bekas Terengganu, itu apa pula?

“Tak mahu ulas apa-apakah? Selepas itu, yang lagi seorang lagi lepas minta maaf pun, ingat saya tak tahukah yang awak tetap pergi ke orang-orang dan masih cakap yang ‘Bella Perangkap’. Munafik.

“Kita ini zaman bila nak perangkap-perangkap. Awak tak cukup umur lagikah atau awak sudah gila atau kedua-duanya sekali?” ujarnya lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

TERKINI